FAQs

Takaful STU Health Care ( STUHC )


Untuk mendapatkan senarai hospital panel terkini, anda boleh merujuk di sini:

https://nutpinsurance.com/ref/brochure/hospital-panel-2026.pdf


MediExpress(M) Sdn. Bhd.
Talian Hotline : 1300800020 / 03-78841818
Emel :
medix@medix.com.my (Pertanyaan Umum)
adm@medix.com.my (Pertanyaan Kemasukan Wad)

Untuk isu-isu mengenai kemasukan hospital swasta, ahli juga boleh menghubungi talian hotline di atas.


Tarikh Peralihan rasmi adalah 1 Januari 2026, pukul 12.00 pagi.


Ahli tidak akan mengalami sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan. Semua pengunderaitan sebelum ini akan dialihkan sepenuhnya.


Tiada sebarang tindakan dari ahli diperlukan, semua ahli sedia ada akan dialih secara automatik.


Penyakit Sedia Ada sebelum Tarikh Berkuatkuasa polisi tidak akan dilindungi.
Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan.
Untuk Tuntutan berkaitan dengan Penyakit Tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari akan dikenakan.


Tidak, setiap pasangan dan anak-anak diberikan had tahunan masing-masing.


Anak-anak boleh meneruskan penyertaan, dengan membayar premium dewasa.


Anak-anak tidak perlu mengisi sebarang borang, perubahan kepada premium dewasa adalah secara automatik.


Anak-anak dengan syarat di atas boleh meneruskan penyertaan, dengan membayar premium dewasa.

PENTING: Pekerjaan tertentu yang berisiko tinggi akan dikecualikan. Sila rujuk kepada Senarai Pengecualian Pekerjaan di bawah.


Pasangan dan anak-anak boleh meneruskan penyertaan, selagi ahli berada dalam skim ini. Sekiranya ahli meninggal dunia / polisi matang, pasangan dan anak-anak masih boleh meneruskan penyertaan.

Perlindungan untuk pasangan dan anak-anak akan ditamatkan serta-merta, sekira berlakunya salah satu perkara di bawah:
(a) Polisi ahli terluput;
(b) Ahli membuat penamatan polisi.


Ahli perlu mengemukakan kad pengenalan di kaunter kemasukan wad, dan memaklumkan kepada pihak hospital bahawa kad perubatan ini adalah skim perubatan STU MediExpress.


Kad perubatan baharu akan dikeluarkan secara berperingkat. Sementara menunggu kad baharu, ahli juga boleh mengemukakan kad pengenalan sendiri ketika pendaftaran kemasukan wad.


Butiran ahli akan dipaparkan dalam aplikasi seperti sebelum ini tanpa sebarang gangguan.


Tiada sebarang pendaftaran diperlukan, semua ahli sedia ada akan didaftarkan ke dalam sistem secara automatik.


Untuk kemasukan wad ke hospital separa kerajaan, hanya kos perubatan di bahagian swasta akan dibiayai.


Ahli tersebut perlu menjelaskan semua kos perubatan terlebih dahulu, dan membuat tuntutan pembayaran balik kemudian (tertakluk kepada kelulusan syarikat insurans).


Sekiranya pemeriksaan perubatan / pemeriksaan kesihatan adalah untuk tujuan penyiasatan, kos tersebut tidak akan dibiayai. Walaubagaimanapun, sekiranya sebarang rawatan lanjut / pembedahan diperlukan selepas pemeriksaan, kos pemeriksaan tersebut boleh dituntut kemudian di bawah Ujian Diagnosis Sebelum Masuk Hospital.


Premium dikira berdasarkan tahun kelahiran. Sebagai contoh, bagi seorang ahli yang lahir pada 4 Jun 1968, walaupun ahli tersebut tidak mencapai umur 56 tahun sebelum tarikh lahirnya, namun beliau perlu membayar premium mengikuti golongan umur 56-60 bermula Jan 2024.


Tokio Marine tidak menerima bayaran premium terus daripada ahli.


Ahli-ahli perlu menghantarkan segala tuntutan melalui STU. Tuntutan yang tidak dihantar melalui STU mungkin mengakibatkan kelambatan proses tuntutan.


Ahli-ahli tersebut boleh membuat bayaran kepada akaun bank di bawah:

Sarawak Teachers' Union (Public Bank: 3080742826)

PENTING: ahli wajib hantarkan salinan slip perbankan dalam talian ke alamat emel insurance@stu.org.my, atau WhatsApp ke 012-2111965.


Untuk kes polisi terluput, ahli boleh menyertai semula melalui permohonan baharu dengan pengunderaitan.

Sekiranya permohonan diluluskan, polisi ahli akan didaftarkan dengan Tarikh Berkuatkuasa baharu. Syarat-syarat di bawah terpakai untuk polisi baharu:

(a) Penyakit Sedia Ada sebelum Tarikh Berkuatkuasa polisi tidak akan dilindungi.
(b) Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan.
(c) Untuk Tuntutan berkaitan dengan Penyakit Tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari akan dikenakan.


Sijil penyertaan akan dikeluarkan selepas tarikh berkuatkuasa.


Ya, penyertaan skim ini adalah layak untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga had RM 3,000 setahun.


Ahli tersebut boleh menaik taraf bilik, dan beliau perlu membuat bayaran tambahan seperti di bawah:

(a) Untuk kos bilik RM300 dan ke bawah, ahli perlu membayar perbezaan kos bilik tersebut.
(b) Untuk kos bilik melebihi RM300, ahli perlu membayar perbezaan kos bilik tersebut, dan 20% ko-pembayaran (co-payment) daripada jumlah bil hospitalisasi.


Golongan OKU tidak boleh menyertai skim tersebut.